Taklimat Kerjaya Bersama Genting Plantation | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Taklimat Kerjaya Bersama Genting Plantation

Taklimat Kerjaya Bersama Genting Plantation

Fakulti Pertanian terus memperkukuh jaringan industri menerusi penganjuran taklimat kerjaya bersama Genting Plantations yang berlangsung dengan penyertaan aktif pelajar. Program yang diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Tanah itu memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai dunia pekerjaan dan prospek kerjaya dalam sektor perladangan.
 
Sesi taklimat turut mengetengahkan pelbagai peluang menarik termasuk biasiswa pengajian, Prime Genting Plantations Talent Resource Program serta perkongsian korporat syarikat.
 
Kehadiran beberapa alumni Fakulti Pertanian turut menceriakan program apabila mereka berkongsi pengalaman dan perjalanan kerjaya sebagai inspirasi kepada para pelajar. Program ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara fakulti dan pihak industri pada masa akan datang.
 

Date of Input: 29/05/2026 | Updated: 29/05/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (09:41:14am-09:46:14am, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]