ULAM-ULAMAN: HIDANGAN SIHAT SEPANJANG ZAMAN | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » ULAM-ULAMAN: HIDANGAN SIHAT SEPANJANG ZAMAN

ULAM-ULAMAN: HIDANGAN SIHAT SEPANJANG ZAMAN

SERDANG, 12 April 2023 - Satu sesi demonstrasi berjudul ‘Pengenalan kepada Ulaman sebagai Makanan Berkhasiat’ telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan Fakulti Pertanian dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu, 12 April 2023 bertempat di Blok C, Fakulti Pertanian.
 
 
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dr. Shokri Jusoh dari Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM dan telah disertai oleh 15 orang staf Fakulti Pertanian. Objektif taklimat tersebut adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis ulaman yang berkhasiat untuk dijadikan hidangan harian dan sewaktu musim perayaan. Terdapat lebih daripada 40 jenis ulaman yang mempunyai khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental individu.
 
 
Di samping itu, para peserta juga dapat mempelajari teknik penyediaan Nasi Ulam hasil gabungan jenis-jenis ulaman beserta ramuan tambahan. Nasi Ulam merupakan makanan warisan yang hampir pupus dan ianya semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
Menurut salah seorang staf Fakulti Pertanian, “Pendedahan kepada gabungan pelbagai jenis ulaman sebagai sajian Nasi Ulam ini amat bermanfaat untuk diaplikasikan di rumah agar khasiat ulaman dapat dikongsi bersama, bukan saja dikalangan seisi rumah, malah juga sesame jiran tetangga dan komuniti setempat.”
 

 

Date of Input: 17/04/2023 | Updated: 17/04/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEaBAn~