Tahniah kepada 2 pasukan pelajar Fakulti Pertanian yang berjaya terpilih sebagai 5 kumpulan yang terbaik di dalam saringan pertandingan
Uni-Challenge PUNB x UPM anjuran CEM UPM pada 10 November yang lepas. Sebanyak 12 buah kumpulan dipertandingkan dari pelbagai PTJ. Kedua-dua pasukan iaitu Kelab Bac. Sc. Hortikultur (mentor: Dr. Juju Nakasha) dan kumpulan Bac. Sc. Akuakultur (mentor: Dr. Muhammad
Azfar).
Pertandingan ini telah sempurna ditutup pada 8 Disember 2024 dan kedua-dua pasukan dari Fakulti Pertanian telah menunjukkan prestasi yang sangat hebat iaitu:
1. Kedua-dua buah kumpulan telah terpilih dan diberikan wang tunai sebanyak RM2000 bagi modal permulaan setiap kumpulan pada 10 November 2024
2. Kelab Bac. Sc. Hortikultur telah dianugerahkan sijil pembentang terbaik pada 10 November 2024
3. Pertandingan diteruskan pada HatchQuest Startup Bootcamp pada 1 Disember 2024 dan kelab Bac. Sc. Hortikultur telah mendapat tempat pertama dan memenangi wang tunai RM300 manakala kelab Bac. Sc. Akuakultur telah mendapat tempat kedua dan memenangi wang tunai RM200.
4. Di penutup pertandingan ini, setiap kumpulan yang terpilih perlu membentangkan hasil projek keusahawanan mereka. Kelab Bac. Sc. Hortikultur telah berjaya mendapat tempat pertama dan memenangi RM4000 tunai dan mentor terbaik mendapat RM1000. Manakala satu lagi kumpulan dari Bac. Sc. Akuakultur telah mendapat saguhati (RM500) dan mentor mendapat RM100.
Pertandingan yang dianjurkan ini telah membantu meningkatkan kemahiran keusahawanan di dalam diri pelajar. 2 buah projek keusahawanan iaitu perkhidmatan merekacipta inovasi produk untuk komuniti (Kelab Bac. Sc. Hortikultur) dan perusahaan nugget ikan (pelajar Bac. Sc. Akuakultur).
Date of Input: 09/12/2024 | Updated: 09/12/2024 | wazien
Faculty of Agriculture
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA