150 Sertai Bengkel Terrarium Anjuran PROLINTAS Dan Fakulti Pertanian | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » 150 Sertai Bengkel Terrarium anjuran PROLINTAS dan Fakulti Pertanian

150 Sertai Bengkel Terrarium anjuran PROLINTAS dan Fakulti Pertanian

 
150 Sertai Bengkel Terrarium anjuran PROLINTAS dan Fakulti Pertanian

SERDANG, 21 Dis — Seramai 150 peserta telah menyertai Bengkel Terrarium yang dianjurkan oleh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) dengan kerjasama Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pertanian sesi 2024/2025 yang telah berlangsung siang tadi.

 
Bengkel ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kelestarian hijau menerusi pendidikan dan aktiviti praktikal, selaras dengan matlamat universiti untuk memastikan keterjaminan makanan serta amalan lestari.
Menurut Pengurus Kanan, Ketua Operasi Kajang SILK PROLINTAS, YBrs. En. Muhammad Faiz Ibrahim, bengkel ini memberikan pemahaman mendalam tentang cara melestarikan alam sekitar.

"Terrarium adalah medium menarik untuk pelajar memahami hubungan antara tumbuhan, tanah, dan air dalam memastikan keseimbangan ekosistem," katanya.
Sepanjang bengkel, peserta diberi pendedahan tentang pemilihan tanaman, penggunaan jenis tanah yang sesuai, dan teknik penyelenggaraan terrarium. Mereka juga berpeluang menghasilkan terrarium masing-masing dengan menggunakan bahan dan alatan yang disediakan. Terrarium ini dijadikan kenang-kenangan serta simbol komitmen terhadap kelestarian alam semula jadi.



Seorang peserta, Leix Zairie Luqman, pelajar Bacelor Teknologi Pertanian Pintar tahun kedua, berkata, beliau amat teruja belajar cara membuat terrarium.
"Selain memahami fungsi ekosistem kecil, saya juga boleh mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan harian, terutama dalam penjagaan tumbuhan," menurutnya.
Bengkel ini mendapat sambutan yang amat positif, menunjukkan komitmen semua pihak dalam memacu kelestarian hijau melalui aktiviti pendidikan yang inovatif.



Hadir sama ke bengkel ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timb. Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBrs. En. Hanis Johari dan kakitangan Prolintas.

Date of Input: 27/12/2024 | Updated: 27/12/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:6:14:56~noCache