Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Pertanian telah menganjurkan Program "Muddy Adventure" pada 18 Januari lalu di Ladang 10 UPM.
Program sehari ini memberi pengalaman kepada 40 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun mengenai penanaman padi secara tradisional, sambil bermain lumpur dan mengenali asal usul beras.
Selain itu, program ini turut melibatkan pelajar kursus Taman Pertanian Rekreasi (TKP3301) sebagai penganjur, yang membantu menyampaikan ilmu pertanian secara santai dan kreatif. Antara aktiviti lain termasuk "Fruitastic Exploration", di mana peserta mengenali pelbagai buah tempatan, mempelajari tentang lebah madu kelulut, serta aktiviti mengecat pasu sebelum menanam tumbuhan hijau.
Menurut pengarah program, Hana Damia, pengalaman ini memberikan pendedahan unik kepada peserta mengenai kehidupan di ladang, sesuatu yang jarang ditemui di kawasan bandar.
Date of Input: 19/02/2025 |
Updated: 19/02/2025 | wazien
MEDIA SHARING