ADD 2025; Tingkat Kualiti Dan Membudayakan Penyelidikan Berdaya Saing | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » ADD 2025; Tingkat Kualiti dan Membudayakan Penyelidikan Berdaya Saing

ADD 2025; Tingkat Kualiti dan Membudayakan Penyelidikan Berdaya Saing

ADD 2025; Tingkat Kualiti dan Membudayakan Penyelidikan Berdaya Saing
 
Serdang, 20 Januari – Fakulti Pertanian, melalui Pejabat Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, telah menganjurkan program Agriculture Dissertation Day 2025 (ADD2025). Program sehari ini menampilkan pameran poster penyelidikan terkini oleh pelajar Fakulti Pertanian dalam pelbagai bidang serta sesi pembentangan Best Dissertation Award.
Sebanyak tujuh orang finalis terbaik dipilih untuk mewakili jabatan masing-masing iaitu, Nur Shahirah Mohd Sarwan (JST), Lee Pei Sze (JAQ), Mohamad Hafis Jamaluddin (JPT), Muhammad Azahari bin Abu Lateh (JPEB), Qistina Alharsikanil (JSH), Viffian Lahong Richard Igau (JTP) dan Wong Shityng (JPTH).

 
 
Menurut Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, program ini bertujuan untuk mencapai tahap 6 dalam penilaian REAL (Research Infused Experiential Learning) serta membudayakan projek penyelidikan yang berdaya saing dan berimpak tinggi di kalangan pelajar.
Inisiatif seperti ADD2025 bukan sahaja mengiktiraf pencapaian penyelidikan pelajar tetapi juga menjadi platform untuk mempromosikan budaya penyelidikan berkualiti dalam kalangan komuniti akademik.

 
 
Fakulti Pertanian terus komited dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan industri pertanian dengan inovasi yang berimpak tinggi.
 
 

Date of Input: 22/01/2025 | Updated: 22/01/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:7:01:26~noCache