Doktor pokok beri 4 tips usahakan ladang pisang elak penyakit layu fusarium
Pakar patalogi tumbuhan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Wong Mui Yun, berkongsi 4 tips usahakan ladang pisang elak penyakit layu fusarium.
Pemilihan tanah yang sesuai seperti tanah subur yang mengandungi bahan organik dan pastikan lokasi tersebut mempunyai sistem pengairan yang baik. Seeloknya bagi petani yang ingin menanam pisang pada skala yang besar, hantarlah sample tanah ke makmal untuk ke menganalisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah tersebut.
Perkhidmatan ini boleh dibuat di Institut Kajian Perladangan (IKP) UPM untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah bagi mengetahui sejarah layu fusarium pada tanah tersebut.
Penanam juga dinasihatkan supaya mengelakkan penanaman pisang di tanah yang sudah mempunyai sejarah jangkitan penyakit ini sebelumnya kerana layu fusarium mungkin dapat hidup dalam masa panjang sehingga 30 tahun di dalam tanah.
Mengurangkan pengunaan racun kimia kerana ia akan mematikan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tanah yang dapat membantu menjaga kesihatan tanah dan komuniti mikroorganisma tanah yang baik.
Penjagaan buah dari kecederaan dapat meningkatkan nilai buah selepas dituai. Tunggu dan rawatlah pokok pisang berbuah bagi mempastikan hasil yang lumayan.
Date of Input: 21/08/2024 |
Updated: 21/08/2024 | wazien
MEDIA SHARING