Fakulti Pertanian UPM Sambut 242 Pelajar Baharu Sesi 2024/2025 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Fakulti Pertanian UPM Sambut 242 Pelajar Baharu Sesi 2024/2025

Fakulti Pertanian UPM Sambut 242 Pelajar Baharu Sesi 2024/2025

Fakulti Pertanian UPM Sambut 242 Pelajar Baharu Sesi 2024/2025


SERDANG, 9 Oktober 2024 - Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Taklimat Fakulti sempena Minggu Perkasa Putra sesi 2024/2025. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar baharu mengenai maklumat dan informasi bagi mempersiapkan diri mereka demi mencapai Objektif Strategik UPM Matlamat 1: Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.


Seramai 242 orang pelajar baharu bagi kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2024/2025 kali ini yang merangkumi tujuh (7) program iaitu Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian, Bacelor Sains Hortikultur dengan Kepujian, Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian, Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian, Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian, Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian dan Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian.

 



Sesi Taklimat Fakulti yang diadakan bertujuan memperkenalkan pelajar kepada persekitaran akademik dan sokongan yang tersedia.
Dalam sesi Taklimat Perkara Akademik yang disampaikan oleh, Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), pelajar baharu telah diberikan pendedahan dan penerangan menyeluruh mengenai perkara-perkara akademik. Beliau menekankan pentingnya pemahaman yang mendalam mengenai struktur program, penilaian dalam aspek peperiksaan, dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh fakulti untuk membantu pelajar mencapai kejayaan.




Para pelajar juga diberi peluang untuk bertemu dengan penasihat akademik. Sesi ini membolehkan mereka berbincang secara langsung mengenai pendaftaran kursus, prasyarat, pelan pengajian selama 4 tahun, serta peluang kerjaya yang berkaitan dengan program masing-masing. Interaksi ini penting untuk membantu pelajar merancang laluan akademik mereka dengan lebih baik.



Selain itu, pelajar juga menerima taklimat mengenai Mobiliti Pelajar, yang memberi pengetahuan tentang peluang pelajar UPM melaksanakan Mobilti Pelajar selama 2 minggu di luar negara di samping membolehkan pelajar UPM untuk meluangkan sedikit masa di luar negara sepanjang tahun pengajian mereka. Program mobiliti outbound adalah program yang bertujuan untuk mengembangkan minda pelajar UPM dan pada masa yang sama, membolehkan pelajar merasai budaya dan persekitaran yang berbeza di negara yang berbeza. Program mobiliti outbound yang ditawarkan oleh UPM meliputi lawatan akademik jangka pendek hingga pertukaran semester jangka panjang ke pelbagai universiti rakan kongsi dan bukan rakan kongsi dari universiti di seluruh dunia.


Disamping itu, Taklimat Kebajikan turut diberikan kepada Pelajar Baharu untuk memastikan pelajar memahami sokongan yang tersedia bagi kesejahteraan mental dan fizikal mereka sepanjang tempoh pengajian.


Fakulti Pertanian berharap semua pelajar baharu dapat memanfaatkan peluang ini untuk memulakan perjalanan akademik yang cemerlang. Diharapkan mereka dapat membina hubungan yang baik dengan pensyarah dan rakan-rakan, serta terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Date of Input: 11/10/2024 | Updated: 11/10/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:7:02:14~noCache