Komuniti Hutan : Kursus Asas Persampelan Serangga | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Komuniti Hutan : Kursus Asas Persampelan Serangga

Komuniti Hutan : Kursus Asas Persampelan Serangga

Wang Kelian, 19 Mac 2023 - Dua orang Pakar serangga dari Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar UPM telah diundang untuk memberi kursus asas persampelan serangga dalam program Komuniti Hutan. Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah berjaya dilaksanakan dan dihadiri seramai 30 orang komuniti di seluruh Negeri Perlis. Para peserta terdiri daripada Staf Jabatan Perhutanan, PNW, Perlis Climbers dan Perlis Geoguide.
 
 
Program santai dilaksanakan di Pusat Kepelbagaian Biologi Negara Wang Kelian, Perlis mendapat kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Antara komponen projek termasuklah inventori flora dan fauna di pusat berkenaan untuk mengenalpasti dan merekodkan kepelbagaian serangga di Taman Negeri Perlis.
 
 
Siri 1.0 memfokuskan mengenai asas serangga dan cara – cara persampelan serangga. Peserta didedahkan dengan cara persampelan dengan menggunakan beberapa perangkap seperti Perangkap dulang kuning, perangkap ‘pitfall’, perangkap feromon, perangkap cahaya dan penggunaan ‘sweep net’. Peserta juga di ajar bagaimana menguruskan spesimen serangga seperti penyediaan ‘setting board’, mengepin serangga melalui awetan kering dan penyimpanan serangga melalui awetan basah.
 
 
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmadni dan berterima kasih kepada pensyarah UPM yang sudi memberi Ilmu mengenai serangga. Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Pn. Fadhilah Mohamad dan berharap program siri 2.0 dapat dilaksanakan bagi melihat Pusat Kepelbagaian Biologi dipenuhi dengan pameran serangga.
 
 
 
 

Date of Input: 31/03/2023 | Updated: 31/03/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEbIAu~