Lawatan Komuniti Pusat Pengembangan Pertanian Bandar Fakulti Pertanian (PuSPER) UPM | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Lawatan Komuniti Pusat Pengembangan Pertanian Bandar Fakulti Pertanian (PuSPER) UPM

Lawatan Komuniti Pusat Pengembangan Pertanian Bandar Fakulti Pertanian (PuSPER) UPM

Seri Manjung, 15 Mac 2023 - Pusat Pengembangan Pertanian Bandar Fakulti Pertanian (PuSPER) UPM telah mengadakan lawatan komuniti yang di bawah bimbingan Dr. Muhammad Hazim iaitu dari Kg. Dato’ Seri Kamaruddin dan Tambahan (KDSKT), Seri Manjung, Perak telah dibawa melawat ke 2 buah komuniti yang berjaya dibimbing oleh PuSPER iaitu:
Pangsapuri Awam Seri Perlis 2, Datok Keramat dan Persatuan Misi Amal Malaysia, Bangi.
 
 
 
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti KDSKT yang baru menceburi projek pertanian bandar berskala komuniti. Komuniti KDSKT adalah satu komuniti yang telah diberikan geran pertanian bandar oleh Pusat Transformasi Universiti (UCTC) UPM melalui Program Pertanian Angkat Zon Utara. Diharap dengan hasil lawatan ini, komuniti KDSKT akan lebih bersemangat dan dapat mengadaptasi kaedah-kaedah yang dipamerkan semasa lawatan.
 

Date of Input: 31/03/2023 | Updated: 31/03/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUMA1~