28 November 2018 (Isnin) 10.00 pagi - 11.30 pagi Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian (PERPETA) dan Institut Pertanian Malaysia Agriculture Institute of Malaysia (AIM) telah membincangkan gerak kerja bagi penggubalan Akta Agrologis Malaysia bertempat di Bilik Melati, Aras 13, Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI). Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Sulaiman Hashim, Pengarah BPMI. Turut hadir Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Presiden AIM yang juga Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Desa Hassim (Jiman Prm), Presiden PERPETA, Prof. Dr. Khanif Yusop, mantan Presiden AIM, pegawai BPMI serta AJK PERPETA dan AJK AIM. Draf akta ini telah dikemukakan kepada Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi tujuan Regulatory Impact Analysis (RIA). PERPETA dan AIM akan bekerjasama dengan lebih erat supaya RUU Akta Agrologis ini dapat dibentangkan dalam Parlimen menjelang tahun 2020. |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 05/12/2018 | Updated: 17/01/2019 | amirahhani
Faculty of Agriculture
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA