Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging 2024 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging 2024

Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging 2024

Pelajar Fakulti Pertanian Sertai Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging 2024
 
 
Serdang, 10 Dis – Seramai 36 orang pelajar Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian dari Fakulti Pertanian telah menghadiri seminar bertajuk “Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging Malaysia 2024” yang telah berlangsung pada Jumaat lalu.
Seminar ini dianjurkan oleh Parlimen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Ia menjadi platform penting dalam membincangkan pelbagai aspek berkaitan industri lembu hibrid pedaging di Malaysia.
 
 
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk potensi dan hala tuju industri penternakan lembu hibrid, senario semasa industri ini, serta cabaran yang dihadapi dalam usaha mengembangkan sektor tersebut.
 
 
Penyertaan pelajar Fakulti Pertanian dalam seminar ini bertujuan memperkayakan pemahaman mereka tentang industri penternakan moden, sekali gus memberi pendedahan terhadap peluang dan cabaran dalam industri ternakan negara.
Kerjasama ini menunjukkan komitmen Parlimen Malaysia dan DVS dalam menyokong pembangunan modal insan serta memperkukuh sektor penternakan demi kelangsungan pertanian lestari di Malaysia.
 

Date of Input: 10/12/2024 | Updated: 10/12/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:5:33:05~noCache