Pelancaran Produk Fakulti Pertanian, SAPPUTRA Nanoemulsi oleh YB Dato' Haji Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Turut diadakan pertukaran dokumen perjanjian perlesenan (MoA) di antara UPM dan AMCO Niaga Sdn. Bhd. bagi menghargai kerjasama pengkomersialan di antara pihak syarikat dengan universiti. Sapputra adalah hasil penyelidikan Prof Dr Rita Muhammad Awang dan Dr Anis Syahirah Mokhtar dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian. SAPPUTRA Nanoemulsion merupakan produk pertanian bagi kawalan serangan siput gondang Pomacea spp (Apple Snail) yang sering menyerang tanaman padi yang boleh mengakibatkan pengeluaran hasil padi negara terjejas. Produk ini berfungsi sebagai formulasi anti pemakanan (anti-feedant) kepada siput gondang. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 04/12/2018 | Updated: 04/12/2018 | amirahhani
Faculty of Agriculture
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA