PERMATANI Anjur MAPTA 2025 Raikan Pelajar Tahun Akhir | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » PERMATANI anjur MAPTA 2025 raikan pelajar tahun akhir

PERMATANI anjur MAPTA 2025 raikan pelajar tahun akhir

Serdang, 27 Januari 2025 – Majlis Makan Malam Tahun Akhir Fakulti Pertanian (MAPTA) 2025 berlangsung dengan meriah di Dewan Pertanian pada Khamis lalu. Acara ini diserikan dengan kehadiran lebih 130 pelajar tahun akhir dalam suasana santai tetapi bermakna, bertemakan “perkahwinan” yang penuh gaya dan unik.



Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan para pelajar yang cemerlang selain mengeratkan lagi silaturahim antara mereka sebelum menjalani sesi latihan industri pada semester hadapan. Program anjuran sepenuhnya Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) ini mendapat sambutan hangat dan mencerminkan dedikasi tinggi organisasi pelajar fakulti.





Hadir sama memeriahkan majlis ialah Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Uma Rani Sinniah, Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa), Dr. Mohd Aswad Abdul Wahab, penasihat PERMATANI, ketua-ketua jabatan, pensyarah, serta staf fakulti.


Semangat kekeluargaan dan kegembiraan jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung, diiringi jamuan makan malam yang mengukuhkan hubungan antara pelajar dan pihak fakulti. Tahniah kepada PERMATANI atas kejayaan menganjurkan program ini, serta kepada pelajar tahun akhir atas pencapaian mereka. Semoga terus cemerlang dalam bidang masing-masing!

 

Date of Input: 03/02/2025 | Updated: 03/02/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:7:28:49~noCache