PERTANDINGAN MEMANCING RAJA PATIN 2024 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » PERTANDINGAN MEMANCING RAJA PATIN 2024

PERTANDINGAN MEMANCING RAJA PATIN 2024

Serdang, 8 Jun 2024 – Pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama pelajar Kursus Memancing QKS 2118 Kumpulan 1 dan 2, Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2023/2024 serta Kelab Alumni QKS 2118 berlangsung dengan meriah di Kolam Children and Sensory Garden, Fakulti Pertanian UPM, hari ini.
 
 
Pertandingan yang bermula seawal 7.30 pagi ini telah disertai seramai 70 orang peserta dan penglibatan seramai 63 orang pelajar QKS 2118. Aktiviti memancing ini dikelolai oleh Prof. Madya Dr. Azrul Hazri Jantan dan Encik Mohd Afiq Ziyad Mohd Zaharim serta turut dibantu oleh En Luqman Shaharuddin dan En Mohd Allif Jemahar dari Fakulti Pertanian.
 
 
Pertandingan ini menyaksikan persaingan sengit antara peserta dengan hadiah lumayan menanti pemenang. Tempat pertama menerima wang tunai sebanyak RM1000, naib johan menerima RM150, tempat ketiga menerima RM100, dan pemenang dari tempat keempat hingga kelima menerima RM50, manakala tempat ke-6 hingga ke-20 menerima baucar daripada TaCklEs (TCE) berjumlah RM50 masing-masing.

Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran memancing para peserta, malah menjadi platform interaksi sosial yang baik antara warga UPM dan masyarakat luar. Diharapkan acara seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara institusi, kelab dan komuniti luar.
 

 

Date of Input: 10/06/2024 | Updated: 10/06/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:7:18:48~noCache