Unit Organik Kongsi Kepakaran Pembuatan Baja Organik Bersama Komuniti | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Unit Organik Kongsi Kepakaran Pembuatan Baja Organik Bersama Komuniti

Unit Organik Kongsi Kepakaran Pembuatan Baja Organik Bersama Komuniti

SERDANG, 10 Sep – Unit Organik Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memainkan peranan dalam memperkasa komuniti melalui program perkongsian ilmu yang bertumpu kepada pembuatan baja organik cecair, juga dikenali sebagai mol organik. Program ini merupakan kesinambungan dari Program Perkongsian Ilmu Siri 4, anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM yang telah berlangsung pada 7 September yang lalu di Taman Perwira Setia, Gombak.
 
 
Seramai 23 peserta dari kalangan komuniti tempatan telah hadir untuk mengikuti sesi ini, yang meliputi penerangan teori dan latihan amali. Dalam program tersebut, peserta berpeluang mempelajari cara-cara menghasilkan pelbagai jenis mol, termasuk mol batang pisang, mol pisang, mol asid amino ikan, dan mol kalfos kulit telur. Ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan peserta dalam penghasilan baja organik yang boleh diaplikasikan di kebun komuniti masing-masing.
 
 
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Pendayaan Komuniti @UniMadani, yang berfokus kepada aktiviti penanaman, pengurusan, dan penjagaan kebun komuniti secara berkesan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan komuniti dalam mengamalkan pertanian lestari.
Puan Nurul Azwana Yahya, Pegawai Pertanian, bersama dengan Puan Siti Farawahida, Penolong Pegawai Pertanian, telah menjadi penceramah dan fasilitator utama dalam program kali ini. Mereka turut berkongsi tips praktikal dalam pengurusan tanaman organik yang lebih efisien.
 
 
Program ini telah mendapat maklum balas positif daripada komuniti yang menyifatkannya sebagai platform penting dalam menyebar pengetahuan serta menggalakkan amalan pertanian organik dan lestari.
kredit gambar : UCTC, UPM

 

Date of Input: 12/09/2024 | Updated: 12/09/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:6:32:48~noCache