UPM ANJUR IAC2024 HIMPUN PAKAR SELURUH DUNIA TANGANI CABARAN DALAM SEKTOR PERTANIAN | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » UPM ANJUR IAC2024 HIMPUN PAKAR SELURUH DUNIA TANGANI CABARAN DALAM SEKTOR PERTANIAN

UPM ANJUR IAC2024 HIMPUN PAKAR SELURUH DUNIA TANGANI CABARAN DALAM SEKTOR PERTANIAN

SERDANG, 4 Sep – Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur Kongres Pertanian Antarabangsa ke-9 (IAC2024) menghimpunkan pakar, inovator, penyelidik, ahli akademik, dan pembuat dasar dari seluruh dunia membincangkan cabaran dan peluang dalam sektor pertanian.
 
 
Penganjuran IAC 2024 dengan tema "Merevolusikan Pertanian untuk Masa Depan yang Mampan," menjadi landasan yang berfungsi sebagai hub penting untuk memupuk kerjasama dan memacu kemajuan pertanian ke arah masa depan yang mampan.
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, penganjuran kongres ini adalah usaha berterusan UPM untuk menangani cabaran dan peluang penting dalam industri pertanian.
 
 
‘’Saya berharap kongres ini akan menjadi sebuah platform kepada semua pakar untuk berkongsi pengalaman dan membina hubungan dengan pakar-pakar pertanian terkemuka dari seluruh dunia.
‘’Peserta yang hadir ke kongres ini akan dapat meneroka teknologi terkini, penyelidikan yang inovatif, dan amalan baharu, termasuk teknologi pertanian masa hadapan, yang mempunyai potensi untuk mengubah landskap pertanian.
Beliau berkata kemajuan ini sangat penting untuk mencapai pertanian yang lestari bagi memastikan keselamatan makanan, memelihara sumber semula jadi, dan melindungi bumi.
 
 
Sementara itu, Pengerusi IAC 2024, Prof. Dr. Uma Rani Sinniah berkata, IAC 2024 adalah komitmen UPM dalam menyokong usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan negara.
‘’Merevolusikan pertanian untuk masa depan yang mampan memerlukan integrasi teknologi canggih seperti pertanian ketepatan, analisis yang dipacu oleh AI, dan amalan mampan untuk meningkatkan hasil tanaman serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
‘’ Kerjasama ini menekankan komitmen bersama kedua-dua negara bagi menangani cabaran kritikal dalam pertanian dan meneroka penyelesaian inovatif untuk masa depan yang mampan.
 
 
Seramai 300 delegasi dari 14 negara termasuk negara China dan India yang merupakan pengeluar pertanian terbesar di dunia adalah sebahagian daripada peserta kongres kali ini.
Beliau berharap kongres ini dapat menampilkan penyelesaian inovatif, mencetuskan idea, mempromosikan kerjasama penyelidikan, dan mempengaruhi dasar pertanian masa depan.
 

Date of Input: 12/09/2024 | Updated: 12/09/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S.2025/3/13:6:36:12~noCache