Kaunter Perkhidmatan Virtual | FAKULTI PERTANIAN
» PRASISWAZAH » Mengenai Kami » Kaunter Perkhidmatan Virtual

Kaunter Perkhidmatan Virtual

Kaunter Perkhidmatan Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

    
Students Support@FP Virtual Counter@AHEPA merupakan  platform atau saluran rasmi di mana pelajar baharu dan sedia ada boleh kunjungi secara atas talian untuk membuat sebarang pertanyaan,  temu janji bagi menyelesaikan urusan rasmi pengajian masing-masing. Saluran ini diperkenalkan bersesuaian dengan adaptasi kehidupan norma baharu bagi menjamin keselamatan warga fakulti dan pelajar khususnya.
  
Dengan adanya saluran ini, pelajar Fakulti Pertanian secara tidak langsung menerima manfaat perkhidmatan atas talian secara langsung daripada staf di bawah Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (AHEPA) sama ada melalui perjumpaan secara bersemuka di atas talian mahupun dengan menggunakan rangkaian chat yang disediakan dalam ruangan MsTEAMS. 
 
Saluran ini juga diperkasakan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) demi memastikan kebajikan pelajar prasiswazah adalah diberi perhatian sewajarnya. Dengan kelebihan yang dimiliki ini, ruangan ini secara tidak langsung akan menjadi Pusat Rujukan Utama kepada pelajar Fakulti Pertanian. 
 
Masa operasi bagi adalah:-
 
Isnin-Khamis Jumaat & Cuti Umum
10am-12pm Kaunter Tutup
2pm-4pm Kaunter Tutup
   
Pelajar Prasiswazah Fakulti Pertanian adalah perlu mengaktifkan akaun peribadi masing-masing untuk hadirkan diri di atas talian. Sila rujuk pautan untuk mengaktifkan akaun masing-masing. 

Hubungi Kami

Selain menggunakan saluran Virtual Counter@AHEPA pelajar juga boleh menghubungi staf melalui Emel.  Bagi mendapat informasi yang lebih terperinci, sertai sosial media rasmi Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (AHEPA) dan Persatuan/Kelab Pelajar.
  Unit Akademik Fakulti Pertanian / UPM
       
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia
       
@AgriUPM
       
agri_ahepa

Kemaskini:: 15/07/2023 [fahezah_nor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDdRAD~