Mengenai Kami | FAKULTI PERTANIAN
» PRASISWAZAH » Mengenai Kami

Mengenai Kami

Mengenai AHEPA

Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni atau lebih dikenali dengan singakatan “AHEPA’ merupakan pejabat yang penting dalam memastikan perkhidmatan utama universiti disampaikan kepada pelanggan khususnya pembelajaran peringkat prasiswazah. 

Pejabat ini berperanan memastikan dasar, polisi dan perkara akademik yang sedang berkuatkuasa di universiti dilaksanakan agar kecemerlangan dan kelestarian UPM dalam memikul kesinambungan menyampaikan ilmu pertanian diteruskan.

Selaras dengan Nilai UPM terapkan iaitu Kecemerlangan, Kepelbagaian, Kelestarian dan Integriti, pejabat ini terus mencapai kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan dengan menerima sokongan padu dan teguh daripada kepelbagaian Jabatan yang ada di Fakulti Pertanian.  Kerjasama erat ini secara tidak langsung menjamin kelestarian dalam memberi perkhidmatan pendidikan tinggi yang terbaik.  Pejabat ini juga merupakan urusetia kepada Jawatankuasa Kurikulum Fakulti (JKKF) yang memainkan peranan penting dalam memastikan mutu dan kualiti perkhidmatan diberikan kepada pelanggan dengan penuh integriti.

Kenali kami, dengan layari sumber manusia disebalik pejabat ini:-

 

Kemaskini:: 26/09/2023 [nikzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETIA7~